Pages

Sunday 28 October 2012

Pelajaran Kedua - Ada Apa Setelah Mendaftar Ebay dan Paypal?

Selamat bertemu kembali,

Tahniah diucapkan kepada anda kerana masih setia mengikuti blog ini.  Tahniah juga kepada anda yang telah berjaya melakukan pendaftaran di kedua-dua blog yang telah saya sebutkan:

  1. www.ebay.com
  2. www.paypal.com
Apa yang telah berlaku?!

OH...TIDAK!!!  Anda sebenarnya telah mengikat diri anda dengan beberapa perjanjian dengan ebay dan paypal apabila anda berjaya mendaftar.  Perjanjian-perjanjian ini akan mengikat anda secara undang-undang dengan setiap satu entiti tersebut.  Maka sekiranya ada sebarang perlanggaran syarat dipihak anda, anda boleh dikenakan tindakan oleh pihak ebay dan paypal seperti penamatan akaun, digantung akaun dan paling teruk didakwa di mahkamah.(yang ini saya belum pernah dengar lagi)



Ok tenang...sebenarnya semua perjanjian ini dibuat bagi melindungi dan memberi keadilan kepada semua pihak samada ebay, paypal, pengguna lain dan anda sendiri samada sebagai pembeli atau pun penjual.  Didalam perjanjian juga ada di terangkan jenis-jenis caj yang dikenakan oleh kedua-dua entiti tersebut.  Oleh itu ada baiknya anda baca semula dengan teliti semua perjanjian-perjanjian yang telah anda persetujui itu supaya anda betul-betul faham.  Jika anda tidak dapat memahaminya dengan baik, anda boleh merujuk kepada pihak ebay dan yang terbaik sekali ialah jika anda bermampuan sila dapatkan khidmat peguam untuk meneliti setiap perjanjian-perjanjian tersebut.

Apa yang boleh anda lakukan sekarang?

Bermula sekarang anda boleh mulai membeli atau membida dengan ebay.  Saya cadangkan supaya anda belajar membeli dengan barang-barang yang semurah $0.01 contohnya stamps, ebook, postcards etc.  Tujuannya ialah supaya anda boleh belajar memahirkan diri menggunakan interface ebay search dan mendapat pengalaman sendiri bagaimana proses penjualan berjalan di ebay.  Selain itu anda juga akan dapat mengumpul feedback yang akan menjadi salah satu faktor penting dalam penentuan kualiti anda sebagai penjual di ebay suatu hari nanti.

Langkah-langkah untuk membeli sesuatu:

Cari sesuatu untuk dibeli 

Anda akan dapat menemui hampir segala sesuatu di eBay, apakah anda memiliki sesuatu yang spesifik dalam fikiran atau anda hanya mencari sesuatu secara rawak.   Dua kaedah mencari barangan untuk dibeli ialah:

  • Browse ketika anda tidak benar-benar yakin apa yang anda cari, atau ketika anda hanya ingin melihat-lihat di kategori tertentu, seperti Pakaian atau Home & Garden. Untuk browsing, klik pada kategori di sisi kiri dari halaman homepage eBay.

  • Search/Cari ketika anda sedang mencari sesuatu pada khususnya. Cukup masukkan beberapa kata untuk menggambarkan item di kotak Search, yang berada di sebelah kanan ruangan atas halaman eBay..
Memahami format membeli
Ada banyak cara untuk membeli di eBay. Anda akan menemui cara lelong di mana anda memberi tawaran harga terhadap penjual, manakala Buy It Now Listing adalah untuk membeli sesuatu pada harga yang telah ditetapkan dan banyak lagi.

Pilih cara pembayaran
Setelah anda telah menemui sesuatu yang anda sukai, baca deskripsi dengan berhati-hati untuk mengetahui cara pembayaran yang diterima oleh penjual. Kebanyakan penjual menerima PayPal karena ia cepat dan mudah.  Selain itu PayPal juga melindungi pembelian eBay anda dari penipuan dan masalah-masalah lain.

Rekod pembelian anda
Anda dapat merekod pembelian anda di My eBay  . Setelah anda mendaftar, anda akan mendapatkan halaman anda sendiri di mana anda dapat melihat apa yang terjadi dengan item yang telah dibeli (dan dijual). Anda akan dapat menawarkan (second chance) barangan anda kepada pembeli yang telah meletakkan bidaan dan anda akan dapat mengawasi barang-barang lain yang diminati  untuk dibeli.

Ok itu sahaja pelajaran kita untuk kali ini.  Mungkin ada baiknya anda mencatit mulai sekarang kos-kos yang terlibat dalam pembelajaran ini.  Sebagai kerja rumah sila beli sepuluh barang yang berbeza di ebay dengan jumlah harga kurang dari USD 3.00.  Tips: jangan lupa gunakan filter price + free shipping lowest first.



Nota kaki:

  1. Anda juga boleh mulai mempelajari suatu model perniagaan dengan ebay iaitu kaedah "dropship".  Kaedah perniagaan ini sungguh mudah dan indah bagai dikhabarkan.  Ada yang menggelarnya berniaga atas angin kerana dengan kaedah ini anda tidak perlukan modal untuk membeli barang terlebih dahulu.  Anda cuma perlu menjual (promosikan) barang di ebay dan sekiranya ada pembeli yang telah membayar harga jualan di ebay, barulah anda membayar untuk harga kos barangan tersebut dimana ia akan dikirim kepada pembeli oleh pihak ketiga yang digelar dropshipper.  Mudahnya...betul tak?  Sudah sedia nak jadi jutawan ebay?  Harap maaf sila cari guru lain ye...
  2. Anda masih belum boleh menjual lagi buat masa ini sekiranya anda menggunakan kad kredit untuk memverikifikasikan (verified) paypal.  Kerana apa?  Kerana anda perlu tunggu sehingga anda menerima penyata kad kredit yang akan datang dimana suatu nombor kod untuk verifikasi akan dicatatkan dalam penyata anda.
  3. Untuk menjadi penjual anda juga akan memerlukan camera digital yang sederhana fungsinya.






Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...