Pages

Tuesday 6 November 2012

Pelajaran Ketiga - Belajar Membeli Sebelum Menjual

Salam sejahtera,

Selamat bertemu kembali dan terima kasih saya untuk anda semua yang sudi berkunjung ke blog ini.  Apa khabar semua?  Apa khabar Malaysia? Apa khabar Indonesia?  Semoga anda semua sihat walafiat dan ceria selalu hendaknya.  Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana mengambil sedikit masa untuk mengemaskini blog ini.  Sehingga ini saya berharap anda semua telah pun mendaftar di Ebay serta Paypal dan juga telah berjaya membuat pembelian pertama anda di Ebay.  Adakah diantara anda semua yang berjaya mendapatkan 10 barangan/items di bawah USD 3.00? Jika ada saya ucapkan syabas kepada anda!

Hari ini saya ingin menganalisa muka halaman web jualan di ebay untuk kita sama-sama melihat apa yang terkandung didalamnya supaya boleh kita manfaatkan nanti apabila kita pula yang menjadi penjual.



Untuk permulaan saya masukkan kata kunci stamps di ruang carian ebay dengan pilihan All Categories dan tekan butang search.



Ok...setelah itu kita akan di bawa ke satu senarai item yang dicari iaitu stamps seperti di atas.  Untuk mendapatkan harga stamps yang terbaik ataupun termurah saya tunjukkan salah satu cara yang anda boleh lakukan seperti berikut:
  1. Ubah filter yang ditulis "Sort" di sebelah kanan atas dengan Time: ending soonest.  Ini akan menapis senarai dan menunjukkan item yang hampir tamat waktu lelongnya sahaja.
  2. Dipanel sebelah kiri pula, sila tandakan  Free shipping.
  3. Di sebelah atas button pilihan free shipping ialah Price dimana anda boleh setkan harga minimum dan maksimum mengikut kehendak anda.
Jika anda berjaya anda akan dapat hasil carian yang telah ditapis dengan harga yang anda kehendaki, dengan penghantaran percuma.  Item yang ditunjukkan ini hanya kadangkala cuma ada kurang seminit sebelum ditutup lelongannya.  Jika lewat ia akan ditutup dan anda terlepas peluang membelinya.



Setelah itu jika anda berpuas hati bolehlah klik mana-mana item yang anda  kehendaki dan anda akan dibawa ke muka halaman jualan item tersebut seperti di atas.  Sekarang saya minta anda semua tukar channel/watak (cara berfikir) anda dari seorang pembeli kepada penjual.  Mari kita lihat perkara-perkara yang ditandakan dengan nombor 1 hingga enam dalam gambar di atas:

1.  Categories
Disinilah penjual akan mula-mula sekali memasukkan informasi item mengikut kategori yang telah disediakan oleh ebay.  Tujuannya jelas iaitu supaya apabila pembeli memasukkan kata kunci tertentu, item yang terkumpul dalam kategori tersebut akan terbit dalam senarai carian.  Ada penjual yang dengan sengaja meletakkan item didalam kategori yang salah...fikirkan kenapa.

2.  Title
Tajuk item yang ingin dijual adalah disini.  Ini juga penting untuk item anda terbit dalam carian.  Kadangkala item yang sama akan dijual dengan title yang berbeza dengan tujuan menangkap kumpulan pelanggan yang berbeza dan item yang sama juga akan terjual dengan harga jauh berbeza!.  Ada banyak cara untuk mencari kata kunci yang popular atau yang kurang saingan akan saya bincangkan kemudian nanti.  Setakat ini anda gunakanlah kaedah meniru apa yang penjual lain letakkan dititle mereka.

3. Item Image
Ini juga tidak kurang pentingnya, pelajarilah cara mengambil foto yang menarik.  Kalau anda mempunyai item yang menarik tetapi gambarnya tidak menarik pelanggan anda boleh kehilangan pelanggan atau berakhir dengan harga jualan yang rendah.  Ingatlah foto item ini merupakan sudut penilaian pertama pelanggan apabila item anda muncul disenarai carian.  "Seeing is believing".

4.Auction Detail
Disini anda meletakkan harga permulaan untuk item anda.  Untuk mendapatkan harga yang menarik buat kajian harga purata jualan oleh penjual-penjual lain dan letakkan harga permulaan anda dibawah harga jualan akhir tersebut.  Jika anda berani letakkanlah harga permulaan USD 0.01 kerana ini secara boleh meletakkan item anda dimuka hadapan dan teratas disenarai carian.  Ada penjual yang meletakkan harga permulaan USD 0.01 tetapi berjaya mendapat harga akhir sehingga beribu-ribu dollar!

5.Shipping, Delivery, Payments dan Return.
Untuk permulaan saya cadangkan anda gunakan free shipping dengan cara memasukkan kos penghantaran kedalam harga barang.  Ini akan membuatkan item anda tersenarai dalam carian free shipping  dan meningkatkan daya jualan item anda.  Selain itu anda juga akan mendapat tanda atau tag free shipping dari ebay berwarna jingga di sebelah kanan atas gambar anda untuk menarik pembeli.  Delivery atau masa yang akan anda ambil untuk mengepos barang setelah pembeli selesai pembuat pembayaran.  Untuk payments gunakanlah paypal tanpa banyak soal kerana ia dimiliki oleh ebay.  Kesedian anda menerima barang yang dipulangkan akan meningkatkan kepercayaan pembeli, oleh itu jangan lupa menggunakan fungsi return.

6.Seller Information
Disini anda akan dinilai oleh pembeli.  Seperti yang pernah saya sebutkan dahulu setelah anda membuat pembelian anda akan diberi feedback dari penjual.  Semakin banyak feedback yang positif, semakin yakin pembeli kepada anda.  Sebab itu anda perlu mengumpul feedback dengan cara membeli item yang berharga murah.  Diatas sebab yang sama jika anda telah boleh mula menjual, juallah item yang murah terlebih dahulu.

Ok..nampaknya itu sahaja yang dapat saya berikan untuk hari ini.  Ada banyak lagi perkara yang boleh kita analisa dari muka halaman jualan ebay ini tetapi saya agak kesuntukan masa.  Saya berharap anda semua mendapat manfaat dari perkongsian saya yang tidak seberapa ini.  Saya mohon maaf diatas segala kekurangan yang sudah tentu ada dengan keterbatasan ilmu mengenai ebay yang saya miliki.  Apa pun saya mendoakan kejayaan yang terbaik untuk anda semua dan semoga kita bertemu lagi dilain kesempatan.

Wasallam.

Nota kaki:
  1. Apa yang terbaik untuk anda sebagai pembeli itulah yang harus anda fikirkan apabila anda menjadi penjual.
  2. Amalkan kejujuran dalam semua urusan anda diebay kerana sistem ebay telah diatur untuk memberi perlindungan kepada semua penggunanya.
  3. Ciri-ciri barang permulaan untuk dijual ialah kecil, ringan, murah kos hantaran, seperti contoh yang telah saya berikan ialah stamps, cari item lain yang sebegini.
  4. Gunakan www.goofbid.com untuk mendapat maklumat harga item, populariti item dsb.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...