Pages

Saturday 24 November 2012

Pelajaran Ke Lima - Sambungan

Salam sejahtera,

Apa khabar semua...di harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat.  Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana sudi berkunjung ke blog ini dan tahniah juga diucapkan kerana anda merupakan segolongan kecil pengguna internet yang mahu memanfaatkan kemudahan ini untuk tujuan yang baik.

Kepada yang pertama kali mendarat diblog ini saya menyusun sepuluh jari kerana anda akan mendapati banyak kekurangan disegi penyampaian dan isi kandungan disini.  Sebab utamanya ialah tidak lain dan tidak bukan kerana saya bukan orang yang benar-benar mahir dengan selok belok perniagaan ebay apatah lagi untuk bergelar guru.

Apa yang akan anda dapat disini adalah merupakan beberapa pengalaman percubaan sendiri dan kutipan-kutipan idea serta teknik dari pelbagai sumber yang kebanyakannya percuma di alam maya ini.  Sememangnya ia suatu usaha yang amat kerdil dan "tak ada maknanya" kepada mereka yang telah mahir, walaubagaimana pun saya percaya ada mereka-mereka yang baru berkenalan dengan ebay yang boleh mendapat sedikit manfaat setidak-tidaknya.

Sebenarnya saya ingin menulis tentang fees yang dikenakan kepada penjual di ebay tetapi memandangkan teknik yang akan saya kongsikan ini amat sesuai untuk diaplikasikan pada musim menjelang krismas, maka saya tangguhkan dahulu topik fees tersebut dengan harapan agar teknik yang akan saya sampaikan ini dapat digunakan  terus untuk menghasilkan jualan pertama anda.

Suatu perkara yang umum kepada kita ialah tentang budaya orang barat yang memberi atau bertukar-tukar hadiah pada hari krismas dan seperti juga budaya kita kanak-kanaklah yang paling diraikan dihari-hari perayaan sebegini.  Maka sudah tentu tidak dapat tidak, barang permainan merupakan pilihan utama untuk dijadikan hadiah.  Teknik ini seakan-akan dropship, tetapi bukanlah dropship yang sebenar.

Teknik yang akan saya dedahkan ini secara ringkasnya adalah seperti berikut:
  1. Daftar ke laman web sebagai seorang pembeli di laman web menjual permainan seperti contoh yang telah saya berikan.
  2. Cari barang permainan yang dijual harga diskaun.
  3. Uji popularitinya di www.goofbay.com atau di www.ebay.com dan dapatkan harga jualan purata.
  4. Memasukkan "listing" di ebay, saya cadangkan secara "buy now" atau "auction" 3 hari sahaja.
  5. Sekiranya ada membeli dan membayar, maka:
  6. Masuk laman web permainan tadi, buat pembelian dan tukarkan alamat penghantaran kepada alamat pembeli.
  7. Anda mendapat keuntungan dari beza harga beli dan harga jual.
Risiko:

  1. Mungkin pembeli rasa tertipu apabila mendapati dia membeli melalui orang tengah apabila menerima bungkusan dengan alamat laman web menjual mainan tersebut.
  2. Akaun digantung kerana barang jenama permainan dalam senarai VERO...( akan dikaji...)
Peluang:

  1. Kemungkinan mendapat jualan adalah tinggi kerana faktor musim perayaan.
  2. Kemungkinan mendapat keuntungan yang besar dengan modal minima untuk listing dan lain-lain.
Ok... dah bersedia jom ke kita sana.


Klik banner "CLEARANCE" untuk melihat item yang dijual pada harga diskaun.



Kita akan dibawa ke muka laman yang menunjukkan senarai item yang dijual dengan harga diskaun, perhatikan juga banner di bahagian atas sekali yang menunjukkan "coupon code", ini boleh digunakan untuk mendapatkan lebih diskaun lagi.  Sekarang kita ambil satu item untuk di ujikaji.


Katakanlah saya mahu menjual item yang ditandakan di atas, seterusnya klik item tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang item ini.   Tertera disini ialah harga jualan biasa dan selepas diskaun.  "Copy" tajuk item untuk dimasukkan ke ruang carian item popular di www.goofbay.com.


Masuk ke "Most Popular Tool" di www.goofbid.com dan "paste" tajuk jualan mainan dan tekan "search".  Carian pertama tidak membawa apa-apa hasil, cuba bermain-main dengan "keyword" dan saya gunakan "keywords" "Thomas And Friends Thomas" dan mendapat hasil carian seperti di atas.  Perhatikan item yang serupa tetapi berbeza dari segi saiz yang merupakan item yang popular.  Lagi satu perkara untuk diperhatikan ialah kedua-dua item ini menggunakan keywords "pillow" dan bukannya "plush toy".  Seterusnya kliklah mana-mana satu atau kedua-dua item tersebut untuk mendapatkan idea bagi menetapkan harga barang yang akan anda jual ini.


Lihat harga penjual ini iaitu $17.50 dan kos penghantaran pula $14.50 kesemuanya berjumlah $32.00 dan sebanyak 6 item ini telah pun terjual.  Anda mungkin boleh menjual dengan harga lebih tinggi lagi kerana item yang kita lihat tadi lebih besar dan berukuran 19".  

Katakanlah anda hendak bersaing dengan penjual ini dan naikkanlah harga item campur kos penghantaran kepada $ 35.00, anda masih boleh mendapat keuntungan  kasar sekitar $21.00 setelah tolak harga kos $13.99/14.00.  Ada kos-kos lain seperti "listing fees" yang belum kita bincangkan tetapi ia cuma sedikit sahaja.  Untung bersih anda saya anggarkan sekitar $15.00/RM45.00!!  Menarik bukan?  Saya telah berjaya mendapat jualan dengan cara ini dan saya yakin anda juga boleh melakukannya.   

Ok...saya rasa cukup bimbingan saya sehingga setakat ini sahaja, untuk yang selebihnya saya yakin anda boleh "belajar dengan cara meniru" dan gunakanlah kreativiti anda untuk menarik pelanggan.  Ingat pesanan saya dalam pelajaran sebelum ini iaitu apa yang terbaik untuk seorang pembeli, itu jugalah yang harus anda fikirkan sebagai seorang penjual.

Terima kasih kerana sudi mengikuti sehingga ke akhir, saya mohon maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan yang ada.  Kepada anda yang berpengalaman sudilah membantu memberikan sumbangan idea kepada teknik ini atau apa-apa sekali pun.

Wasallam.

Nota kaki:
1.  Saya pernah lihat jualan ebook berkenaan menjual mainan tetapi saya tidak mempunyai ebook ini, mungkin isinya lebih kemas dan terperinci.
2.  Jika anda penjual yang baru tanpa "feedback" yang banyak janganlah terlalu tamak untuk menjual item yang berharga mahal, anda juga akan berhati-hati jika anda seorang pembeli...fikirkan...
3.  Sebagai pemain baru dalam ebay anda akan dihadkan untuk memasukkan "listing" dalam sesuatu kategori dalam masa 30 hari.






3 comments:

  1. Salam. Saya nak tanya macamana nak masukkan shipping cost kat section US shipping.
    Saya try banyak kali tapi tak dapat

    ReplyDelete
  2. Wsalam,

    Kalau bagi print screen kat emel saya mungkin dapat membantu.

    ReplyDelete
  3. As'salam ..saya ada kemusykilan tentang listing item yang ingin dimasukkan jika menggunakan teknik dropship. Soalan saya adakah kita perlu item location itu berada di tempat yang kita ambil dari dropshiped atau list tempat kita sekarang?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...