Pages

Saturday 17 November 2012

Pelajaran Ke Empat - Saya Nak Jual Apa Di Ebay?

Salam sejahtera,

Apa khabar semua?  Semoga anda sihat walafiat semuanya.  Selamat Tahun Baru Hijriah juga untuk anda semua semoga tahun 1434 ini menjadi tahun yang membawa kejayaan kepada anda secara spiritual dan fizikalnya.  Terima kasih kerana masih sudi menjenguk blog ini dan saya harap anda akan mendapat sedikit sebanyak manfaat dengan perkongsian ilmu yang tidak seberapa dari saya ini.  

Di posting yang lalu saya ada menyebut beberapa ciri barangan atau item yang sesuai untuk dijual buat permulaan iaitu, kecil, ringan dan mudah dipos.  Apa maksud mudah dipos?  Maksudnya ialah item yang mudah pecah, rosak, busuk, mudah terbakar dan sebagainya tidak mudah dipos,  betul begitu?  Sudahkah anda semua memiliki senarai item anda untuk dijual?  Ini petikan kata-kata dari seorang guru Ebay di Malaysia iaitu saudara Noorizam Shah untuk kita renungkan bersama-sama:

"Bagi mereka yang kekurangan modal... Mulakan bisnes kecil-kecilan kita. Penat berbisnes cara konvensional? Mulakan bisnes online pertama kita...
Apa model bisnes kecil-kecilan kita? Mungkin menjual tudung, kain pasang, permainan kanak-kanak, jamu kesihatan, alat bantuan mengajar untuk kanak-kanak, jus buah, kek cawan, design banner, sertai program affiliate dan macam-macam lagi.
Tidak tahu bermula? Dapatkan panduan di internet. Banyak sumber boleh dicapai seperti enjin pencari Google, Youtube dan Facebook."

Ada dua kaedah yang saya ketahui untuk mencari idea tentang item yang ingin dijual di Ebay.  Kaedah yang pertama adalah seperti berikut:
  1. Kenal pasti trend semasa yang menjadi ikutan, peristiwa yang besar atau kegilaan semasa.  Contohnya kematian Michael Jackson, Steve Jobs dan lain-lain lagi.
  2. Cari item berkenaan trend tersebut untuk dijual atau gunakan kreativiti bagi menghasilkan item untuk dijual.(ini akan didedahkan kemudian nanti...)
  3. Item akan terjual.
Kaedah ini dikatakan telah menghasilkan ramai jutawan segera.  Tetapi hari ini saya ingin menggunakan kaedah lebih mudah untuk anda semua ikuti dan saya yakin anda akan berjaya menghasilkan pendapatan pertama anda dengan kaedah ini walaupun tidak menjadi seorang jutawan segera... InsyaAllah...

Kaedah ini bermula dengan soalan:

1.  Apa yang ada disekeliling anda?  Apa yang mampu anda beli?  Apa yang ringan, kecil dan mudah di pos ?

2.  Andaikankanlah anda tinggal di Surabaya atau di Johor Bahru dan secara kebetulan jiran di sebelah rumah anda penjual jamu (wong jowo).  Apa kata kita ambil JAMU sebagai permulaan untuk di uji daya jualannya di Ebay.




3.  Sekarang kita masuk ke laman web Ebay.com dan masukkan perkataan "jamu" ke dalam kotak carian dan tekan butang search.  Nah sekarang lihat rupa-rupanya ada orang yang menjual jamu di ebay selama ini tanpa kita sedari dan lihat pula cadangan ebay search berkaitan jamu : manjakani jambu jamu stick jamu soap jamu herbal soap rapet wangi leech oil foredi jamu herbs merit jamu jamu herbs merit.  Ini jelas bermaksud jamu merupakan salah satu item yang bagus untuk dijual di ebay.





4.  Sekarang cuba kita tekan perkataan sold listing seperti yang ditunjukkan nombor tiga di rajah untuk melihat jamu jenis apa yang laris dijual.  Jangan lupa untuk  menggunakan filter  Price+Shipping Highest First untuk mendapatkan harga jualan yang terbaik dan sebaliknya gunakan pula Price + Shipping Lowest First untuk mendapatkan harga paling rendah sebagai panduan meletakkan harga yang kompetitif.





6.  Untuk memperkemaskan ujian anda klik mana-mana salah satu item tersebut dan copy nama penjual kemudian masuk ke halaman http://www.goofbid.com di bahagian Ebay Seller History Tool dan paste nama penjual dan tekan butang search.  Dengan cara ini kita akan mendapat maklumat mengenai item-item yang laris dijual, harga, populariti malahan maklumat keuntungan jualan seseorang penjual juga akan dapat kita perolehi disini.



7.  Selain dari itu anda juga boleh terus menggunakan Ebay Most Popular Tool di http://www.goofbid.com untuk mendapatkan item jamu yang paling laris terjual.  Lihatlah betapa larisnya jamu ditempat pertama tersebut.  Wah duit ni....

8.  Gunakanlah kaedah ini untuk mendapatkan daya jualan item-item lain yang mudah anda dapati disekeliling anda.  Bagi mendapatkan kos pengeposan untuk rakan-rakan di Malaysia sila lawat http://www.pos.com.my , manakala untuk rakan-rakan di Indonesia saya kurang arif tentang khidmat pos di sana, mungkin ada yang sudi berkongsi maklumat di sini yah silakan.

8.  Jika semuanya sudah sedia apa lagi...ayuh ke rumah jiran sebelah yang menjual jamu, beri salam, lihat dalam-dalam ke matanya dan katakan "kita akan jadi JUTAWAN."

9.  Wasallam dan selamat maju jaya.

Nota kaki:

1.  Gunakan www.goofbid.com untuk menguji daya jualan sesuatu item mengikut halaman ebay negara tertentu,  perhatikan bendera diruang atas.  Ya, ebay mempunyai banyak halaman web berlainan negara dan daya jualan juga berbeza mengikut negara.

2.  Perhatikan ada penjual yang menggunakan kaedah jualan "Buy Now" iaitu kaedah jualan harga tetap untuk item yang laris, sebagai suatu cara mendapatkan jualan yang cepat dan banyak.
3.  Perhatikan juga description tentang item kerana disinilah kata-kata manis anda diperlukan bagi menarik pembeli dan meyakinkan mereka untuk membeli dengan anda.
4.  Sebelum meletakkan harga perlu diperingatkan tentang kos-kos yang agak tersembunyi dalam aktiviti menjual di ebay seperi listing cost, final value fee, Paypal service fee dan lain-lain lagi.  Cuba anda google tentang perkara ini dan cuba dapatkan halaman web yang mempunyai calculator khas untuk memudahkan pengiraan fee ini.
Enhanced by Zemanta

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...