Pages

Monday 10 December 2012

Pelajaran Ke Enam: Bayaran Perkhidmatan Ebay / Ebay Fees

Salam sejahtera,

Apa khabar anda semua?  Semoga anda sihat-sihat belaka hendaknya.  Adakah di antara anda yang telah berjaya menjual permainan mengikut teknik dalam posting yang lalu?  Saya percaya ada diantara yang telah berjaya menjual dan mendapat hasil jualan ebay pertama anda.  Tahniah diucapkan!

Kepada yang masih belum berjaya jangan berputus asa dan teruskan usaha anda, cuba dan cuba lagi sehingga berjaya.  Ada suatu teknik yang amat berkesan bagi memancing pelanggan pertama anda, cuba anda fikir-fikirkan...kalau dah tak ada idea lansung sila hantar emel kepada saya, insyaAllah akan saya bantu.

Dalam teknik sebelum ini anda boleh lihat persaingan yang sengit dari pemain-pemain lama dalam ebay yang masih menggunakankan teknik ini bagi mengaut keuntungan.  Anda pasti dapat melihat ada diantara mereka yang telah bergelar "power seller" dengan menggunakan teknik "atas angin" tersebut.  Mereka juga sebenarnya pernah suatu hari dahulu merupakan seorang "newbie"seperti anda dan saya.  Jangan lupa, perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama.

Perompak pun perlukan langkah yang pertama untuk "langkah seribu".

Kali ini saya ingin menulis tentang "ebay fees" atau yuran-yuran perkhidmatan yang dikenakan oleh ebay.  Sebenarnya saya sendiri tidak pernah membaca secara terperinci berkenaan perkara ini, apa yang saya lakukan ialah pergi ke tab "Account" >"Summary" untuk mendapatkan jumlah fees atau yuran yang terkini dikenakan oleh ebay.  Sudah tentu ini bukanlah cara yang terbaik, sepatutnya sebelum membuat apa-apa jualan perlu kita mengira atau menganggarkan untung ruginya terlebih dahulu.

Walau bagaimana pun seperti yang telah saya janjikan sebelum ini,  saya kongsikan apa yang telah saya fahami dari sedikit pengalaman dan pembacaan untuk manfaat kita bersama.  Sekiranya ada kesalahan dalam penyampaian saya ini diharap anda sudi menegur untuk menambah baik mutu perkongsian kita disini.

Ok... secara umumnya ebay mengenakan dua jenis fees:
  1. Insertion Fee
  2. Final Value Fee
Insertion Fee ialah sejumlah bayaran yang dikenakan apabila kita me"listing" sesuatu item berdasarkan jumlah harga permulaan atau "reserve price".

Final Value Fee pula ialah sejumlah bayaran yang dikenakan apabila sesuatu item terjual dengan berdasarkan jumlah keseluruhan harga item, kos penghantaran dan pengurusan penghantaran (handling).

Selain dari dua "fees" diatas terdapat bayaran-bayaran tambahan lain yang dikenakan secara pilihan, contohnya sekiranya kita hendak mencantikkan muka halaman jualan dengan menggunakan "template" yang disediakan atau  menambah bilangan hari "listing" dari 7 kepada 10 hari .  Jumlah "fees" yang dikenakan ini akan ditunjukkan kepada kita sebelum kita memuktamadkan "listing".

Buat masa ini Ebay memberi peluang kepada penjual untuk meletakkan 50 "listing" percuma bagi setiap 30 hari iaitu bermula hari pertama setiap bulan.  Jangan lepaskan peluang keemasan ini!  Penjual hanya dikenakan "fees" sekiranya sesuatu item berjaya dijual.  Dalam keadaan tertentu jika terdapat pembeli yang ingin membatalkan pembelian, maka "final value fees"ini juga akan turut dibatalkan.

Sebagai seorang penjual anda harus mengambilkira semua bayaran-bayaran yang terlibat ini, "fees" yang dikenakan oleh ebay, kos penghantaran dan pengurusan serta harga kos sesuatu item bagi mendapatkan jumlah keuntungan bersih sesuatu item.  Untuk tujuan tersebut ada beberapa halaman web yang menyediakan "calculator" khas untuk pengiraan  ini seperti:





Ok, nampaknya sampai disini sahaja perkongsian saya untuk kali ini, semoga bertemu lagi dan selamat maju jaya.

Nota kaki:
  1. Jangan lupa bayar atau buat-buat lupa bayar ebay fees apabila menerima invois atau akaun anda akan digantung.
  2. Ada penjual yang menganggap ebay fees terlalu membebankan dan beralih ke halaman jualan alternatif ebay, anda juga boleh bereksperimen di halaman-halaman web seperti www.bonanza.com , www.ebid.net dan lain-lain.
  3. Maklumat lanjut berkenaan ebay fees di sini.

1 comment:

  1. askm..sy nk tanya..sy ada wat belian satu barang di ebay... seller tu dr USA dan item dijangka sampai dlm 1bulan coz ianya international shipping. harga brg + shipping fee = +-rm85 mcm tu...lagi satu..seller tu mmg antara yg terima feedback terbaik.. boleh katakan hampir 100% feddbck semu satisfy dgnnya..cuma sy confuse, klu wat pembelian through ebay yg mn brg n seller tu dr USA, so t klu smpi parcel bungkusan tu tertera x harga item yg listed dlm website ebay tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...