Pages

Wednesday 24 October 2012

Salam Perkenalan Atau Pelajaran Pertama?

Apa khabar semua?  Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi singgah diblog "bisnes online ebay" atau dalam bahasa tetangga kita "bisnis online ebay" ini.  Saya yakin sudah tentu anda merupakan seseorang yang sedang mencari maklumat berkenaan cara-cara menjalankan perniagaan ebay.  Tahniah diucapkan kepada anda kerana anda sebenarnya telah memulai langkah pertama anda dalam satu rangka usaha besar yang amat berpotensi dalam dunia perniagaan.  Tidak dapat disangkal bahawa ebay adalah merupakan salah satu platform perniagaan yang mampu membawa kejayaan dalam bidang perniagaan.

Saya ingin mengambil kesempatan memperkenalkan diri saya sedikit sebanyak supaya dapat anda mengukur keupayaan saya dalam berkongsi maklumat yang ada pada diri saya.  Saya sebenarnya sama seperti anda agak baru berjinak-jinak dalam bisnes online ebay secara sambilan kerana saya mempunyai karier lain secara sepenuh masa.  Buat masa ini saya menjalankan bisnes online ebay hanya sebagai suatu hobi.  Walaupun begitu ia dapat memberikan sedikit pendapatan sampingan yang mana disitu ia merupakan suatu kepuasan buat diri saya.  Jadi kepada yang mengimpikan menjadi kaya-raya dengan ebay mohon maaf saya bukanlah gurunya.


Tujuan saya mengadakan blog bisnes online ebay ini adalah sekadar suatu perkongsian maklumat kepada anda semua yang masih baru menapak dalam dunia ebay.  Sebenarnya apabila saya memulakan bisnes online ebay beberapa tahun dahulu saya dapati agak sukar untuk mendapatkan semua maklumat di suatu halaman web tertentu.  Ini termasuk di halaman web ebay sendiri, maklumatnya agak sukar diperolehi.  Walau pun ada banyak maklumat tentang ebay di alam maya ini, namun ia ibarat permata yang berteraburan di forum-forum dan  pelbagai halaman web.  


Disini saya berharap dengan adanya blog bisnes online ebay ini anda semua akan mendapat manfaat dari hasil pencarian maklumat yang telah saya lakukan, sebenarnya banyak masa yang telah digunakan untuk ini.  Saya juga mempunyai sejumlah ebook berkenaan ebay yang mana akan saya kongsikan dengan anda semua sekiranya jika tiada masalah copyrights.  Pengalaman-pengalaman yang saya lalui sendiri sepanjang saya bergiat atau lebih tepat bermain ebay untuk panduan anda semua.  Sudah tentu apa yang anda dapati diblog ini tidak akan dapat menandingi isi kandungan ebook-ebook keluaran sifu-sifu ebay yang terkenal di negara ini, namun saya harap sekurang-kurangnya ia dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk mula bergerak dalam bisnes online ebay.


Saya juga ingin mengalu-alukan sebarang maklumbalas atau mungkin ada diantara anda yang telah berpengalaman ingin turut menyumbangkan pengetahuan.  Ayuh kita sama-sama jadikan blog ini ruang perkongsian yang saling memanfaatkan antara satu sama lain.  Akhir kata sekali lagi terima kasih kepada anda yang sudi meluangkan masa ke blog ini dan selamat bertemu kembali.


Nota kaki:

Syarat untuk menjalankan perniagaan ebay anda perlukan akaun paypal dan untuk mendapatkan paypal anda perlu ada  kad kredit atau kad debit.
Langkah pertama hari ini:
1.Buka akaun ebay.
2.Buka akaun paypal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...